Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan miliki dadah di Betong
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan miliki dadah di Betong

Utusan Sarawak 4 hours ago
LELAKI berusia 22 tahun ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah dan terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di kawasan Betong, hari ini. Foto IPD Betong

BETONG: Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong kerana memiliki dadah serta disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di kawasan Betong, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek dalam kenyataan hari ini berkata, suspek ditahan kira-kira 12.40 tengah hari sebelum dibawa ke IPD Betong untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, hasil saringan ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Betong mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Beliau berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod berkaitan dadah mahupun jenayah sebelum ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

DSP Wan Mohamad Ali berkata, pihak polis memandang serius kesalahan berkaitan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti penyalahgunaan bahan terlarang itu.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah di Daerah Betong.

Maklumat boleh disalurkan terus ke Balai Polis Betong di talian 083-472345 bagi membantu usaha membanteras kegiatan dadah di kawasan berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pengedar dadah di Kabong diberkas bersama syabu
Next: Wanita ditahan positif dadah dalam Op Tapis Khas di Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.