Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan diberkas bersama dadah di Kuching
  • JENAYAH

Lelaki tempatan diberkas bersama dadah di Kuching

Utusan Sarawak 5 hours ago
DITAHAN… Lelaki tempatan berusia 36 tahun ditahan bersama dadah dalam rondaan cegah jenayah di Jalan Datuk Temenggong Tan Meng Chong, semalam. Foto IPD Kuching

KUCHING: Lelaki tempatan berusia 36 tahun ditahan bersama dadah dalam rondaan cegah jenayah di Jalan Datuk Temenggong Tan Meng Chong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata tangkapan dilakukan sepasukan anggota dari Balai Polis Satok, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching kira-kira 12.30 pagi.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan terhadap suspek menemukan dadah disyaki methamphetamine seberat 0.7 gram dan ganja seberat 3.4 gram dengan nilai anggaran keseluruhan RM179.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semakan lanjut turut mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, suspek telah direman selama dua hari bermula 15 hingga 16 Mei 2026 mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan lanjut.

Alexson berkata kejayaan tersebut hasil risikan berterusan dan kerjasama orang awam.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah kerana pemilikan, pengedaran atau perlindungan aktiviti berkaitan dadah merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang,” katanya.

Beliau menegaskan pihak polis kekal komited memerangi dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang serta mengingatkan bahawa dadah adalah musuh nombor satu negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah boleh menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di talian 012-208 7222 atau JSJN Kontinjen Sarawak di talian 017-592 9211.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 65 individu positif dadah, ketum ditahan AADK di Mukah
Next: 24 lelaki ditahan dalam operasi membanteras dadah di Padawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.