Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lelaki selamat kereta terbakar
  • TEMPATAN

Lelaki selamat kereta terbakar

Utusan Sarawak 5 years ago
DIPADAMKAN… Kenderaan yang dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun itu musnah terbakar dalam perjalanan dari Sri Aman ke Saratok

ENGKILILI: Sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda musnah terbakar di Jalan Bukit Marup Engkilili di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar 10.15 pagi itu, kenderaan yang dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun itu dalam perjalanan dari Sri Aman ke Saratok.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman menerima panggilan kecemasan jam 10.23 pagi.

Jurucakap BBP Sri Aman, PBK II (KUP) Freddy John (Penyelia) memberitahu setibanya pihak bomba ditempat kejadian mereka mendapati memang benar berlakunya kebakaran kereta jenis Toyota Hilux berwarna putih.

“Kenderaan tersebut hangus terbakar 100 peratus dengan api marak dipadam oleh unit ERT pihak Naim Gamuda menggunakan air dari sebuah lori tangki air milik pihak Naim Gamuda.

“Hasil maklumat daripada pemandu kenderaan yang terbakar iaitu Mohd. Hafifi Hafiz, api dikatakan kelihatan bermula dari bahagian belakang kenderaan tersebut dan marak semasa beliau masih memandu.

”Pemandu itu memberhentikan kereta di bahu jalan dan cuba memadam api tersebut dengan menggunakan satu alat pemadam api jenis debu kering satu kilogram tetapi tidak berjaya kerana api marak dengan cepat,”ujarnya.

 “Setelah selesai proses ‘overhaul’ dan pengambilan maklumat, anggota seterusnya memasang sawar-sawar di tempat kejadian.

“Operasi tamat 11.50 pagi. Setelah didapati keadaan selamat,jentera bersama anggota berangkat balik ke balai.

“Pemandu kenderaan berusia 34 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut,” jelasnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Dua keluarga dibantu keluar kontena
Next: Penduduk kecewa capaian internet di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.