Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lelaki rugi 5 juta yen ketika mahu beli kereta melalui media sosial di Osaka
  • GLOBAL

Lelaki rugi 5 juta yen ketika mahu beli kereta melalui media sosial di Osaka

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan.

OSAKA: Seorang lelaki berusia 24 tahun disamun membabitkan wang tunai 5 juta yen (AS$31,000) di sebatang jalan di Osaka pada semalam ketika mengunjungi bandar di barat Jepun itu untuk membeli kereta menerusi urusan yang diatur melalui media sosial, lapor Berita Kyodo memetik polis.

Menurut polis, kira-kira 11.15 malam, lelaki dari Yokohama berhampiran Tokyo itu tiba di lokasi pertemuan dengan penjual di Osaka sebelum diserang dua lelaki dan beg mengandungi kira-kira 5 juta yen wang tunai dirampas.

Polis kini memburu dua suspek yang melarikan diri menaiki kereta di Wad Miyakojima, Osaka atas tuduhan samun hingga menyebabkan kecederaan.

Mangsa dilaporkan patah kaki kiri akibat serangan tersebut dan dan beliau sendiri telah membuat panggilan kecemasan untuk melaporkan insiden berkenaan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kumpulan bersenjata bunuh datuk bandar di selatan Mexico

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.