Lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Tapis Khas di Bintangor

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
PENAGIH dadah ditahan oleh pihak polis, baru-baru ini. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong terus memperhebat operasi membanteras penyalahgunaan dadah menerusi Ops Tapis Khas bagi mengekang kegiatan tersebut daripada terus menular dalam masyarakat.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering berkata, seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun ditahan kira-kira 12.35 tengah hari baru-baru ini ketika sepasukan Petugas Khas IPD Meradong menjalankan Ops Tapis Khas.

“Saringan ujian air kencing terhadap suspek di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan rekod lampau, didapati suspek tiada mempunyai sebarang rekod jenayah atau dadah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan.

“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.

“Saya menggesa masyarakat agar menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong.

“Maklumat boleh disalurkan ke Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,” katanya.

Oleh Earl Anek

30 warga asing ditahan dalam Ops JIM Sarawak

KUCHING: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menahan 30 warga asing yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen menerusi operasi penguatkuasaan di

Kebakaran sampah berjaya dipadamkan bomba

SARIKEI: Respons pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei berjaya menghalang kebakaran membabitkan longgokan sampah di Jalan Simpang Sare