Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut MPV terbabas di Bukit Sabal
  • KEMALANGAN

Lelaki maut MPV terbabas di Bukit Sabal

Utusan Sarawak 2 hours ago
SEORANG lelaki maut selepas kenderaan jenis MPV yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri di Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman–Serian dekat Bukit Sabal, awal pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

SERIAN: Seorang lelaki berusia 26 tahun maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabit dalam kemalangan kendiri di Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman–Serian dekat Bukit Sabal, awal pagi tadi.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada 4.26 pagi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dengan bantuan BBP Serian bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 67 kilometer dari balai, dan tiba pada 5.04 pagi.

Komander Operasi, Christoper Tungoh, melaporkan bahawa setibanya di lokasi, pihaknya mendapati sebuah MPV terlibat dalam kemalangan kendiri dengan seorang mangsa lelaki tersepit di tempat duduk pemandu.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian menjalankan kerja menyelamat dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Operasi berjaya dikawal pada 5.07 pagi sebelum kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan dijalankan bagi memastikan laluan selamat digunakan.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.00 pagi selepas keadaan disahkan selamat, dengan kekuatan seramai 13 anggota melibatkan satu jentera LFRT, satu FRT serta satu unit EMRS.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pacuan empat roda terbabas, lelaki cedera bahu di Jalan Kuching-Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.