Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut kes langgar lari
  • KEMALANGAN

Lelaki maut kes langgar lari

Utusan Sarawak 5 months ago

TRAGIS... Keadaan di tempat kemalangan yang melibatkan kereta jenis Toyota Camry dan sebuah motosikal jenis Yamaha. - Foto IPD Padawan

KUCHING: Seorang lelaki berumur 29 tahun maut dalam satu kejadian langgar lari yang berlaku pada jam 3.15 pagi tadi di Batu 8, Jalan Matang Kuching.  

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha dan sebuah kereta jenis Toyota Camry. 

“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kenderaan tersebut melarikan diri.  

“Polis kini sedang menjalankan siasatan dan kami meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai insiden ini untuk tampil membantu,” katanya dalam satu kenyataan. 

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Padawan, Inspektor Muhammad Azim, di talian 011-36172665 atau 082-862233.  

Continue Reading

Previous: Tiada petunjuk mangsa dikesan, operasi cari warga Thai dihentikan
Next: Lelaki maut kemalangan di Jalan Sg Rusa 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.