Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lelaki maut diserang jerung di Pulau Rottnest, Australia
  • GLOBAL

Lelaki maut diserang jerung di Pulau Rottnest, Australia

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

SYDNEY: Seorang lelaki berusia 38 tahun maut selepas diserang jerung di Pulau Rottnest, di luar pantai Perth hari ini, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Pihak berkuasa mengesahkan lelaki itu digigit jerung sejurus sebelum 10.00 pagi di Horseshoe Reef, utara Marjorie Bay di bahagian barat pulau berkenaan.

Menurut laporan, mangsa dibawa menaiki bot ke jeti Geordie Bay, dengan pasukan paramedik melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR), namun mangsa gagal diselamatkan.

Polis Australia Barat memaklumkan satu laporan akan disediakan untuk koroner.

Pulau Rottnest, yang terletak kira-kira 19 kilometer dari Perth, merupakan destinasi pelancongan popular di Australia Barat yang terkenal dengan pantai dan aktiviti marin. – Bernama

Continue Reading

Previous: Syarikat farmaseutikal Jepun gesa doktor tidak guna ‘Tavneos’ untuk pesakit baharu
Next: Guru Mexico ugut anjur protes sempena Piala Dunia susulan isu kenaikan gaji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.