Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut dalam kemalangan kendiri di Sentosa Parade
  • KEMALANGAN

Lelaki maut dalam kemalangan kendiri di Sentosa Parade

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEADAAN kereta sedan yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan kendiri berhadapan Bank Rakyat, Sentosa Parade. Foto JBPM Sarawak.

KUCHING: Seorang lelaki maut dalam kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta sedan di kawasan Sentosa Parade berhadapan Bank Rakyat, awal pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar 1.32 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Sim Chin Leong, 34, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Sentosa bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

Pasukan bomba dan petugas KKM berusaha mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. Foto JBPM Sarawak.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati benar berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta sedan dan terdapat seorang mangsa masih berada di dalam kenderaan namun tidak tersepit,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas. 

“Selepas mangsa berjaya dikeluarkan dan dibawa ke tempat selamat, pihak KKM mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Pelajar maut terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk di Daro
Next: Empat sekeluarga cedera ringan selepas kereta terbabas di Lebuh Raya Pan Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.