Lelaki hilang ketika cari sayur di kawasan belukar

Facebook
WhatsApp
CARI…Pasukan penyelamat berusaha mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari sayur berhampiran kawasan belukar berdekatan Terminal Bas Baru di Miri, hari ini.

MIRI: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar mencari sayur berhampiran kawasan belukar berdekatan Terminal Bas Baru di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Upil Lutan berusia 44 tahun.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.00 petang dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat bersama lima anggota polis dan 12 ahli keluarga mangsa terus menjalankan pencarian dengan radius dua kilometer dari laluan masuk ke kawasan belukar,” katanya

Setakat 6.00 petang ini, mangsa masih belum dijumpai.

Oleh Liong Chai Ling