Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki hilang ketika cari sayur di kawasan belukar
  • Utara
  • WILAYAH

Lelaki hilang ketika cari sayur di kawasan belukar

Utusan Sarawak 6 hours ago
CARI…Pasukan penyelamat berusaha mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari sayur berhampiran kawasan belukar berdekatan Terminal Bas Baru di Miri, hari ini.

MIRI: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar mencari sayur berhampiran kawasan belukar berdekatan Terminal Bas Baru di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Upil Lutan berusia 44 tahun.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.00 petang dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat bersama lima anggota polis dan 12 ahli keluarga mangsa terus menjalankan pencarian dengan radius dua kilometer dari laluan masuk ke kawasan belukar,” katanya

Setakat 6.00 petang ini, mangsa masih belum dijumpai.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Pesta Sarikei 2025 tarik sambutan hangat pelbagai lapisan masyarakat
Next: Kurang sambutan, MTC henti laluan bas ke Batu Niah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.