Lelaki hilang di Kuching, polis mohon bantuan orang ramai

Facebook
WhatsApp
LELAKI dikenali sebagai Carlos Baildon David berusia 26 tahun dilaporkan hilang pada 25 April lalu.

KUCHING: Ketua Polis Daerah Kuching, Alexson Naga Chabu memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada 25 April lalu.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Carlos Vaildon David, 26 tahun, berbangsa Bidayuh dan bekerja sebagai jurujual.

Alamat terakhir beliau di No. 25, Lot 4417, Taman Desa Permai, Jalan Dato MPHD Musa, Kota Samarahan.

Mangsa dipercayai menggunakan kenderaan jenis Perodua Myvi dengan nombor pendaftaran QAQ5824.

Ketika kali terakhir dilihat, beliau memakai baju T-shirt hitam bertulis ‘Switch’, seluar tracksuit hitam serta kasut hitam jenama New Balance.

Alexson meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar menghubungi Ketua Balai Polis Sekama, ASP Simon Renang di talian 016-8547803 atau Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444.

Oleh Connie Chieng