Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki ditemukan meninggal dunia di tepi jalan hutan Lipus
  • KEMALANGAN

Lelaki ditemukan meninggal dunia di tepi jalan hutan Lipus

Utusan Sarawak 2 days ago
DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA……Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di tepi jalan hutan Lipus, di sini, petang semalam. Foto PDRM Kanowit

KANOWIT: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di tepi jalan hutan Lipus, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Junical Ujal berkata, pihak polis maklumat berhubung kejadian itu sekitar 7.40 petang, pasukan polis pergi ke tempat kejadian dengan bantuan dari pihak bomba (Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit).

“Sampai di tempat kejadian mendapati si mati dalam keadaan terbaring di tepi jalan hutan Lipus, berpakaian penuh. Mayat si mati telah dibawa ke Hospital Kanowit untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku semasa si mati bersama bapa dan kawannya pergi ke kebun untuk mengambil buah dan memasang pukat.

“Setelah itu si mati telah dilihat seperti terkena sawan sehingga tidak sedarkan diri. Menurut keterangan awal dari bapanya, si mati mempunyai sejarah sakit sawan sejak kecil. Setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” ujarnya.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pemandu cedera parah kemalangan kendiri di Jalan Medamit
Next: Seorang maut, seorang cedera kemalangan kendiri di Jalan Sibu-Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.