Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lelaki ditemui mati selepas bermain dengan ular tedung
  • GLOBAL

Lelaki ditemui mati selepas bermain dengan ular tedung

Utusan Sarawak 18 hours ago

SEORANG  lelaki berusia 28 tahun dari Chiang Rai, Thailand ditemui mati di sebuah bilik hotel di Khon Kaen awal pagi khamis dan pihak polis mengesyaki dia mati akibat dipatuk ular tedung selepas bermain dengan reptilia tersebut.

Polis menerima laporan kira-kira 12.20 tengah malam mengenai kematian tersebut. Pegawai polis menemui lelaki tersebut terbaring tidak bernyawa di atas katil dalam sebuah bilik di tingkat bawah.

Pemeriksaan ke atas mayat mangsa menunjukkan kesan gigitan yang menyerupai gigitan ular berbisa di bahagian lengan atas kanan.

Berhampiran pintu masuk bilik, polis menemui sebuah beg kain putih yang mengandungi seekor ular tedung hidup dengan mulutnya diikat. Tiada tanda-tanda pergelutan ditemui.

Menurut polis, hasil pemeriksaan pada telefon bimbit mangsa mendapati beberapa rakaman video yang menunjukkan lelaki itu bermain dan mengendalikan ular tedung tersebut dari jarak dekat.

Siasatan awal mendapati lelaki itu mungkin telah dipatuk oleh ular peliharaannya sendiri, yang menyebabkan kematian.

Insiden ini sekali lagi menyerlahkan risiko besar memelihara haiwan berbisa, terutamanya ular tedung yang merupakan antara spesies paling berbahaya di Thailand.

Buat masa ini,  polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian akibat kemalangan sehingga siasatan dan bedah siasat. Agensi

Continue Reading

Previous: 45 cedera dalam letupan stesen minyak di Rom, Itali
Next: Sekurang-kurangnya 13 orang maut, lebih 20 kanak-kanak hilang dalam banjir di Texas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.