Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki ditahan tangkap ikan guna alat renjatan elektrik
  • WILAYAH

Lelaki ditahan tangkap ikan guna alat renjatan elektrik

Utusan Sarawak 2 years ago

Antara barang yang dirampas daripada suspek.

MIRI : Seorang lelaki ditahan Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri selepas dipercayai menggunakan alat renjatan elektrik untuk menangkap ikan dan udang, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner ( ACP) Alexson Naga Chabu berkata, suspek warga tempatan itu ditahan sepasukan polis bersama peralatan menangkap ikan dan udang bernilai RM5,110.

“Polis turut merampas beberapa peralatan termasuk sebuah enjin sangkut, perahu, bateri, sebatang buluh yang dililit dengan wayar elektrik dan tangguk ikan.

“Turut dirampas udang dan ikan pelbagai jenis yang keseluruhannya seberat lebih satu kilogram bernilai RM80,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kaedah penangkapan ikan menggunakan teknik renjatan elektrik merupakan satu kesalahan di bawah Ordinan Perikanan Darat Sarawak 2003.

“Semua barang rampasan dan tangkapan diserah kepada Perikanan Darat Daerah Miri untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Jalan ladang ke Kampung Penuai, Pulau Bruit siap, rancang bina 4 jambatan konkrit baharu
Next: Pusat Dialisis PBSM mula beroperasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.