Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan miliki dadah dalam Op Tapis Khas di Lubok Antu
  • JENAYAH

Lelaki ditahan miliki dadah dalam Op Tapis Khas di Lubok Antu

Utusan Sarawak 3 hours ago
PEMERIKSAAN terhadap suspek menemui empat paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 2.45 gram. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seorang lelaki tempatan berusia lewat 20-an ditahan oleh Pasukan Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu dalam Op Tapis Khas di Kilometer 43, Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman–Sarikei berhampiran Engkilili, petang semalam.

Menurut kenyataan IPD Lubok Antu, penahanan itu dibuat selepas pemeriksaan mendapati suspek membawa empat paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 2.45 gram.

Pemeriksaan lanjut termasuk ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

IPD Lubok Antu berkata, tangkapan tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa mengekang aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan Lubok Antu dan daerah sekitarnya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana kesalahan penggunaan dadah.

IPD Lubok Antu menggesa orang ramai agar terus bekerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing.

Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di talian 017-592 9211.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan baling objek hingga rosakkan lampu bas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.