Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki dilaporkan hilang dihanyut arus deras ditemui lemas
  • KEMALANGAN

Lelaki dilaporkan hilang dihanyut arus deras ditemui lemas

Utusan Sarawak 7 months ago
MAYAT mangsa ditemui sejauh satu kilometer oleh penduduk kampung pada 1.49 pagi tadi.

SEMATAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika berenang menyeberangi sungai di Kampung Terusan Jaya di sini, ditemui lemas, awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mayat mangsa ditemui sejauh satu kilometer oleh penduduk kampung pada 1.49 pagi tadi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada 2.50 pagi dan membawa mayat mangsa ke jeti menggunakan bot bomba.

“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis pada 3.00 pagi untuk tindakan selanjutnya,” katanya. 

Dalam pada itu, operasi mencari dan menyelamat turut melibatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis, pasukan bomba sukarela serta 16 penduduk kampung dan operasi berakhir, 3.30 pagi tadi. 

Mangsa, Mohamad Nazratul Kamil, dilaporkan hilang semalam selepas dipercayai dihanyutkan arus air pasang ketika cuba menyeberangi sungai.

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Warga emas maut selepas dua jam bertarung nyawa kerana kemalangan
Next: Warga emas cemas motosikal ditunggang terlibat kemalangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.