Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki dikhuatiri lemas, kereta tenggelam dalam longkang ditemukan selamat
  • KEMALANGAN

Lelaki dikhuatiri lemas, kereta tenggelam dalam longkang ditemukan selamat

Utusan Sarawak 3 months ago
PPDA digerakkan untuk tujuan pengesahan kehadiran mangsa di dalam kenderaan tersebut yang tenggelam di dalam longkang di tepi jalan yang sedang dilanda banjir di Jalan Ling Kai Cheng, tengah malam tadi.

SIBU: Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya tenggelam di dalam longkang di tepi jalan yang sedang dilanda banjir di Jalan Ling Kai Cheng, tengah malam tadi, ditemukan selamat.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, mangsa berusia 53 tahun datang ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah, 10.57 pagi tadi.

“Mangsa memaklumkan, semasa kejadian kenderaan yang dipandu bersendirian. Dirinya berjaya keluar dan tiada mengalami sebarang kecederaan.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) ditamatkan pada 11.00 pagi,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Terdahulu, dilaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya tenggelam di dalam longkang di tepi jalan yang sedang dilanda banjir di Jalan Ling Kai Cheng, tengah malam tadi.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki dikhuatiri lemas, kereta tenggelam dalam longkang
Next: Police: Food delivery rider killed, ran over by tanker lorry

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.