Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki dikhuatiri hilang di kawasan hutan, ditemukan selamat
  • Tengah
  • WILAYAH

Lelaki dikhuatiri hilang di kawasan hutan, ditemukan selamat

Utusan Sarawak 3 months ago
ANGGOTA bomba dalam operasi menyelamat mangsa yang hilang di kawasan hutan, berjaya membawa mangsa keluar dengan selamat.

BINTULU: Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintulu berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang dikhuatiri hilang di kawasan hutan belakang Institut Kemahiran Mara (IKM) Bintulu, semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan lelaki berusia 23 tahun itu pada 8.08 malam.

Operasi menyelamat yang dijalankan berjaya menemukan mangsa dalam jarak 440 meter dari tempat kejadian.

Mangsa diberikan rawatan awal dan dibawa keluar dari hutan menggunakan kaedah memikul mangsa dibelakang badan.

Setelah keadaan stabil, mangsa diserahkan kepada Unit Perkhidmatan Bantuan Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk dihantar ke hospital.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SFC agih bekalan makanan ke PPS Tatau, Sebauh
Next: Dapur sebuah rumah didiami 14 penghuni terjejas akibat tanah runtuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.