Polis siasat kes tembakan di Sibu

Facebook
WhatsApp
MANGSA... Terbaring di tepi jalan sebelum dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
 

SIBU: Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an mengalami kecederaan parah dipercayai akibat ditembak dalam kejadian berlaku di Jalan Wong King Huo 21, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili ketika dihubungi sebentar tadi telah mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 2.20 petang.

“Mangsa merupakan seorang lelaki kini masih menerima rawatan di hospital. Kita sedang menjalankan siasatan kes ini sekarang,” katanya.

Buruh ditahan miliki syabu di Selangau

SELANGAU, 20 Oktober: Polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun serta merampas dadah disyaki jenis syabu, semalam. Ketua Polis