Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera kemalangan dua kenderaan di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera kemalangan dua kenderaan di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce

Utusan Sarawak 15 hours ago
PASUKAN bomba sedang mengeluarkan mangsa yang masih terperangkap di tempat duduk pemandu. Foto BBP Sibu

SIBU: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 4.24 petang itu, mangsa yang menaiki Perodua Bezza dipercayai terperangkap di tempat duduk pemandu sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati benar berlaku kemalangan membabitkan Perodua Bezza dan Toyota Hilux. Seorang mangsa lelaki masih berada dalam Bezza namun tidak tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, anggota bomba kemudian merebahkan penyandar dan melaraskan kerusi hadapan kenderaan sebelum mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung khas (scoop stretcher).

“Mangsa diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut manakala pemandu Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Operasi ditamatkan selepas memastikan keadaan di lokasi selamat.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Pemandu cedera kemalangan lori di Lundu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.