

MIRI: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kaki kanannya tertusuk besi ketika memotong rumput di kawasan rumah di Lorong Ketapang 3, Tudan Fasa 5, petang semalam.
Dalam kejadian 5.48 petang itu, mangsa dikatakan sedang menjalankan kerja pembersihan sebelum besi berkenaan tertusuk pada bahagian kaki kanannya.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Setibanya di lokasi,bomba mendapati benar seorang lelaki mengalami kecederaan selepas kaki sebelah kanan tercucuk besi.
“Pasukan bomba kemudian melakukan rawatan awal dengan membalut bahagian betis mangsa yang cedera sebelum menyerahkannya kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Operasi tamat sepenuhnya pada 6.26 petang selepas keadaan disahkan selamat.
Oleh Liong Chai Ling