Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera dalam kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera dalam kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 3 months ago
REMUK… Kereta dipandu mangsa remuk dalam kemalangan di Jalan Salim Stabau, malam tadi.

SIBU: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Salim Stabau, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan pada 11.05 malam.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi, seorang mangsa lelaki masih tersepit di bahagian pemandu.

“Pihak bomba terus menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas kecemasan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan dihantar ke hospital menggunakan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Bomba untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Mangsa tanah runtuh dikenal pasti
Next: Remaja maut kenderaan dinaiki bersama keluarga terlibat kemalangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.