Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lelaki bujang tinggal sehelai sepinggang
  • TEMPATAN

Lelaki bujang tinggal sehelai sepinggang

Utusan Sarawak 5 years ago
PADAM… Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran rumah di Kampung Tanjung Belipat, Batu Niah semalam.

BATU NIAH: Seorang lelaki bujang yang tidak mempunyai keluarga tinggal sehelai sepinggang setelah rumah kediamannya musnah dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Tanjung Belipat di sini petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Francis Aceh ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan kebakaran pada 3.30 petang.

Katanya, selepas menerima panggilan itu, seramai tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi iaitu Kampung Tanjung Belipat yang terletak sejauh lapan kilometer dari BBP Batu Niah.

“Ketika kejadian kebakaran berlaku itu, tidak ada penghuni yang berada di rumah tersebut.

“Setiba di lokasi, keadaan rumah yang terbakar itu musnah 100 peratus dijilat api,” jelasnya.

Punca kejadian dan kerugian belum dapat dipastikan lagi ekoran penghuninya tidak berada di lokasi ketika kejadian itu.

Sementara itu, menurut jiran yang enggan nama disiarkan berkata, rumah berkenaan hanya didiami oleh seorang pemuda yang berusia 20-an.

“Punca kejadian tidak diketahui dan bukan berpunca daripada arus elektrik dan api dapur.

“Rumah berkenaan tidak mempunyai meter dan bekalan elektrik serta tidak mempunyai peralatan memasak seperti tong gas,” jelasnya.

Utusan Sarawak turut difahamkan pemuda tersebut tidak tinggal bersama keluarga ekoran masalah keluarganya telah terpisah dan menjalani kehidupan masing-masing.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Ibadah korban perlu patuhi SOP
Next: Covid-19: Tiada kes positif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.