Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki 40 tahun dicekup positif dadah di ladang sawit PORIM Kabong
  • JENAYAH

Lelaki 40 tahun dicekup positif dadah di ladang sawit PORIM Kabong

Utusan Sarawak 5 hours ago
 SEORANG lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan selepas didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam satu operasi khas yang dijalankan di Ladang Sawit PORIM, Kabong, hari ini. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Ladang Sawit PORIM, Kabong, hari ini.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata operasi yang berlangsung dari 1.00 pagi hingga 3.00 petang itu dilaksanakan hasil maklumat risikan berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, pada kira-kira 1.46 tengah hari, sepasukan anggota Pasukan Petugas Khas IPD Saratok yang diketuai oleh Inspektor Henry Muji telah menjalankan pemeriksaan terhadap seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, hasil pemeriksaan membawa kepada penahanan suspek sebelum dibawa ke Balai Polis Saratok bagi menjalani ujian saringan air kencing.

“Keputusan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan keputusan ujian itu, polis telah membuka kertas siasatan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki menggunakan dadah berbahaya.

Sementara itu, DSP Mathew berkata siasatan kes dikendalikan oleh Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Roslinda Utubesar dan polis akan terus memperhebat operasi membanteras penyalahgunaan dadah di seluruh Daerah Saratok bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat terus terjamin.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: 39 ditahan dalam Op Tapis Khas di Kuching
Next: KPDN rampas 10,500 jersi bola sepak tiruan bernilai RM375,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.