Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • LEKOR, kudapan enak kegemaran rakyat Malaysia
  • STAIL

LEKOR, kudapan enak kegemaran rakyat Malaysia

Utusan Sarawak 5 years ago
KEROPOK lekor yang telah direbus juga boleh dipotong nipis dan dijemur, kemudian digoreng dan disimpan dalam bekas kedap udara.

KEROPOK lekor merupakan salah satu dari makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia yang popular dikalangan masyarakat Malaysia, berasal dari Terengganu.

Kini lekor juga terkenal di negeri-negeri lain termasuk di Sarawak . Makanan tradisional ini sering menjadi pilihan pelanggan untuk sarapan pagi di kedai kopi yang ada menawarkan menu ini.

Kesedapan rasa ikan dan kerangupan selepas digoreng menjadi pilihan pelanggan sepanjang masa.

Keropok lekor merupakan makanan berprotein tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi disebabkan kandungan ikan yang tinggi.

Namun, pernahkah anda cuba untuk membuat sendiri keropok lekor di rumah atau keropok lekor ‘homemade’?

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat keropok lekor ialah 1 kilogram ikan kembung atau ikan selayang.

Warna lekor bergantung kepada warna isi ikan yang digunakan, ada yang lebih gelap dan ada yang berwarna lebih cerah.  Ada juga yang menggunakan isi ikan parang untuk membuat keropok lekor.

Ambil isi ikan sahaja dan kisar menggunakan mesin pengisar tanpa menggunakan air. Kemudian, keluarkan isi ikan yang telah dikisar ke dalam mangkuk besar dan masukkan 500 gram tepung sagu, garam secukup rasa, satu sudu serbuk perasa  dan dua sudu serbuk penaik.

Penggunaan tepung sagu menjadikan lekor tidak liat walaupun telah sejuk selepas digoreng.

Ada juga yang menggunakan campuran tepung kanji untuk menghasilkan lekor yang lebih rangup selepas digoreng.  Sebab itu biasanya lekor dimakan sementara masih panas kerana ia menjadi liat setelah sejuk.

Langkah seterusnya, uli sehingga menjadi doh dan bentukkan secara memanjang seperti bentuk sosej.

Selepas siap diuli dan dibentuk mengikut panjang yang diingini, sediakan  air rebusan yang ditambah dengan dua sudu makan minyak dan tambahkan sedikit garam.

Setelah air mendidih, masukkan lekor ke dalam periuk dan rebus lekor.  Pastikan api tidak terlalu kuat semasa merebus adunan lekor.

Untuk mengetahui lekor sudah masa atau belum cukup mudah.  Bila masak, adunan itu akan timbul.  Angkat dan toskan terlebih dahulu.

Biarkan lekor yang telah direbus sejuk sebentar sebelum  dipotong secara leper.

Selepas dipotong, goreng lekor dengan minyak panas dan kawal api supaya tidak terlalu besar bagi mengelakkan lekor hangus.

Keropok lekor sedap dimakan  untuk sarapan pagi dan minum petang, apatah lagi apabila dicicah dengan sos cili.

Sekiranya lekor yang dibuat terlalu banyak, simpan baki lekor yang belum digoreng ke dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku.

Selain itu, keropok lekor yang telah direbus juga boleh dipotong nipis dan dijemur.

Setelah betul-betul kering, goreng keropok lekor dalam minyak panas dan ia akan mengembang semasa digoreng.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Berhemah boleh jimatkan bil elektrik
Next: Ujian RT-PCR Covid-19 ‘real time’ di Hospital Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.