
MIRI: Hidangan tradisional Hakka, Lei Cha menjadi tarikan utama dalam sambutan ‘Ren Ri’ atau Hari Manusia yang diadakan oleh Seksyen Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kecil Riam di sini hari ini.
Program penyediaan Lei Cha tersebut menghimpunkan ahli parti serta masyarakat setempat yang bersama-sama menikmati hidangan berasaskan sayur-sayuran, kacang dan teh herba yang ditumbuk halus, yang sinonim dengan budaya masyarakat Hakka.

Program berkenaan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Lee Kim Shin.
Penyediaan Lei Cha itu merupakan sebahagian daripada usaha memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina selain mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti.
Oleh Liong Chai Ling