Lei Cha meriahkan sambutan ‘Ren Ri’

Facebook
WhatsApp
HADIR…Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Lee Kim Shin semasa hadir merasmikan program  penyediaan Lei Cha tersebut.

MIRI: Hidangan tradisional Hakka, Lei Cha menjadi tarikan utama dalam sambutan ‘Ren Ri’ atau Hari Manusia yang diadakan oleh Seksyen  Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kecil Riam di sini  hari ini.

Program penyediaan Lei Cha tersebut menghimpunkan ahli parti serta masyarakat setempat yang bersama-sama menikmati hidangan berasaskan sayur-sayuran, kacang dan teh herba yang ditumbuk halus, yang sinonim dengan budaya masyarakat Hakka.

HADIR…Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Lee Kim Shin semasa hadir merasmikan program  penyediaan Lei Cha tersebut.

Program berkenaan dirasmikan oleh  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Lee Kim Shin.

Penyediaan Lei Cha itu merupakan sebahagian daripada usaha memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina selain mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti.

Oleh Liong Chai Ling