Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Legenda seni Argentina, Luis Brandoni meninggal dunia pada usia 86 tahun
  • GLOBAL

Legenda seni Argentina, Luis Brandoni meninggal dunia pada usia 86 tahun

Utusan Sarawak 11 hours ago
LEGENDA filem, teater dan televisyen Argentina, Luis Brandoni, meninggal dunia pada usia 86 tahun, hari ini.

BUENOS AIRES, Argentina: Legenda filem, teater dan televisyen Argentina, Luis Brandoni, meninggal dunia pada usia 86 tahun, menurut pengumuman rakan dan penerbitnya, Carlos Rottemberg, hari ini.

Rottemberg menerusi platform X berkata, pemergian Brandoni merupakan kehilangan besar kepada dunia seni negara itu, menyifatkannya sebagai pelakon utama terakhir daripada generasi yang tidak dapat dilupakan serta penggerak penting teater nasional.

Menurut laporan, jenazah mendiang akan dibawa ke bangunan legislatif Buenos Aires bagi penghormatan terakhir pada petang tadi.

Brandoni dimasukkan ke hospital pada 11 April lalu selepas terjatuh di rumah sehingga menyebabkan pendarahan otak.

Sepanjang kerjaya seni yang cemerlang, beliau membintangi puluhan filem termasuk Waiting for the Hearse (1985) dan The Weasel’s Tale (2019), selain turut menyerlah di pentas teater menerusi pementasan seperti Conversations with My Mother dan Parque Lezama.

Beliau juga merupakan wajah terkenal di televisyen Argentina selama beberapa dekad dan pernah berlakon bersama Robert De Niro dalam miniseri Disney+ berjudul Nada pada 2023.

Selain bidang seni, Brandoni aktif dalam politik menerusi Radical Civic Union (UCR), salah satu parti politik tertua di Argentina.

Ketika pemerintahan diktator antara 1976 hingga 1983, beliau pernah hidup dalam buangan di Mexico selepas parti itu diharamkan.

Mendiang juga pernah berkhidmat selama dua penggal sebagai ahli Parlimen mewakili UCR pada 1990-an serta menjadi penasihat kebudayaan kepada bekas presiden Raul Alfonsin.

-AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Bandung cadang kawasan bersejarah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO  
Next: Gempa 7.7 gegar timur laut Jepun, tsunami 80 sentimeter direkodkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.