Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Legenda bola sepak Bulgaria Borislav Mihaylov meninggal dunia pada usia 63 tahun
  • SUKAN

Legenda bola sepak Bulgaria Borislav Mihaylov meninggal dunia pada usia 63 tahun

Utusan Sarawak 6 hours ago
DUNIA bola sepak kehilangan permata berharga.

BERLIN: Ikon penjaga gol Bulgaria Borislav Mihaylov meninggal dunia pada usia 63 tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Bekas penjaga gol pasukan kebangsaan itu mengetuai Bulgaria pada Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat (AS), ketika mereka mencipta kejutan dengan menewaskan Jerman 2-1 pada suku akhir dan menyingkirkan juara bertahan.

Kesatuan Bola Sepak Bulgaria mengumumkan kematian bekas presidennya itu pada Rabu dan menyifatkannya sebagai “legenda bola sepak Bulgaria.”

Sebagai pegawai, Mihaylov berkhidmat dalam Jawatankuasa Eksekutif badan induk bola sepak Eropah, UEFA selama lapan tahun, selain memegang jawatan presiden persatuan kebangsaan dari 2005 hingga 2023.

Sebagai penjaga gol pasukan kebangsaan, beliau membuat 102 penampilan antarabangsa dan menjadi tonggak generasi emas Bulgaria yang mencipta sensasi apabila menamatkan saingan di tempat keempat pada Piala Dunia 1994.

“Persatuan Bola Sepak Bulgaria merakamkan ucapan takziah tulus ikhlas kepada keluarga, saudara-mara dan semua yang meratapi pemergiannya. Beliau akan terus dikenang,” menurut persatuan itu dalam satu kenyataan.

Tahun lalu, Mihaylov mengalami strok dan berada dalam keadaan koma selama beberapa bulan. – BERNAMA-dpa

Continue Reading

Previous: Itali gagal lagi, Bosnia, Turkiye, Czech & Sweden layak ke Piala Dunia
Next: Borneo 100 Triathlon pacu pelancongan sukan, sasar pengiktirafan antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.