Itali gagal lagi, Bosnia, Turkiye, Czech & Sweden layak ke Piala Dunia

Facebook
WhatsApp
Penjaga gol Gianluigi Donnarumma jelas kecewa selepas Itali tersingkir menerusi penalti. Foto AFP

PARIS: Itali sekali lagi gagal ke Piala Dunia selepas tewas 1-4 menerusi penentuan penalti kepada Bosnia and Herzegovina di Zenica. 

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga masa tambahan, dengan Moise Kean membuka jaringan sebelum Bosnia menyamakan kedudukan. 

Situasi menjadi sukar buat Itali apabila Alessandro Bastoni dilayangkan kad merah. Hanya Sandro Tonali berjaya menyempurnakan sepakan penalti.

Turkiye kembali ke pentas dunia

Pasukan Turkiye mengesahkan tempat ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 2002 selepas menewaskan Kasovo 1-0 di Pristina. 

Pemain Turkiye meraikan kejayaan selepas menewaskan Kosovo untuk layak ke Piala Dunia. Foto AFP

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh  Kerem Akturkoglu pada minit ke-53, sekali gus memusnahkan impian Kosovo untuk layak buat kali pertama.

Sweden mara secara dramatik

Sweden layak ke Piala Dunia selepas menewaskan Poland 3-2 dalam aksi penuh dramatik di Stockholm. 

Viktor Gyokeres meraikan gol lewat yang memastikan Sweden ke Piala Dunia. Foto AFP

Kedua-dua pasukan saling berbalas gol sebelum Viktor Gyokeres muncul wira dengan jaringan kemenangan pada minit ke-88.

Republik Czech ikut layak

Republik Czech turut mengesahkan tempat ke Piala Dunia selepas menewaskan Denmark 3-1 menerusi penentuan penalti di Prague. 

Pemain Republik Czech meraikan kemenangan selepas menyingkirkan Denmark menerusi penalti. Foto AFP

Perlawanan berakhir 2-2 selepas masa tambahan, namun Denmark gagal menyempurnakan tiga sepakan penalti. 

Ini penampilan pertama Czech sejak 2006. – AFP