Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Legakan golongan B40, M40
  • TEMPATAN

Legakan golongan B40, M40

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman atau moratorium sudah pasti akan melegakan golongan B40 dan M40.

Perkara itu diakui oleh Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi (gambar) ketika dihubungi pemberita selepas pengumuman khas dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

“Ini kerana lanjutan pemberian moratorium itu mampu membantu mengurangkan beban isi rumah yang kehilangan pendapatan akibat penularan wabak Covid-19,” katanya.

Malah, kata Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) itu lagi golongan peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut menarik nafas lega memandangkan pinjaman mereka ditangguh sekali gus mengurangkan beban yang dialami.

“Bagi saya, ia merupakan keputusan bijak daripada kerajaan bagi membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah,

“Ada kalangan rakyat mungkin kehilangan kerja, dan tempoh lanjutan ini dapat membuka ruang kepada mereka untuk mencari pekerjaan baharu sekali gus untuk membayar pinjaman mereka,” kata Dr Abdul Rahman yang juga ADUN Pantai Damai.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Projek pembangunan di DUN Sebuyau berjalan lancar
Next: Dikehendaki pasang Wristband

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.