Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Lebih setahun tertangguh, Razi desak KPM percepat perolehan perabot SK Sebemban
  • PENDIDIKAN

Lebih setahun tertangguh, Razi desak KPM percepat perolehan perabot SK Sebemban

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATUK Mohammad Razi Sitam. Foto Uban Dana

DEBAK: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam, menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar mempercepatkan proses kelulusan permohonan perolehan perabot bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Sebemban.

Menurutnya, permohonan perabot sekolah tersebut telah tertangguh lebih setahun, dan kelewatan yang berpanjangan itu disifatkan sebagai tidak munasabah.

“Berdasarkan maklumat yang saya terima daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak, permohonan melalui sistem ePerolehan untuk pembelian perabot di SK Sebemban masih belum diluluskan sehingga hari ini.

“Ini amat mengecewakan. Tempoh masa yang diambil, iaitu lebih setahun, adalah sangat tidak logik,” katanya ketika merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di SK Datuk Bandar Debak, semalam.

Razi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, menegaskan bahawa kelewatan tersebut telah menjejaskan operasi sekolah berkenaan, walaupun bangunan gantian sekolah telah siap sepenuhnya.

“Disebabkan ketiadaan perabot, sekolah tersebut tidak dapat beroperasi seperti sepatutnya. Saya amat berharap agar pihak KPM dapat mengambil maklum dan segera menyelesaikan isu ini,” ujarnya.

Untuk rekod, projek pembinaan bangunan gantian SK Sebemban siap pada awal 2023 dengan kos sebanyak RM10.5 juta.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pendidikan Berkualiti di pedalaman jadi keutamaan – John Sikie
Next: Landskap pendidikan tinggi negara di ambang perubahan besar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.