Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lebih RM500 juta pembiayaan mikro diluluskan, manfaatkan 30,000 usahawan bagi tempoh 15 Mei-26 Jun – Amir Hamzah
  • NASIONAL
  • TEMPATAN

Lebih RM500 juta pembiayaan mikro diluluskan, manfaatkan 30,000 usahawan bagi tempoh 15 Mei-26 Jun – Amir Hamzah

Utusan Sarawak 6 hours ago
MENTERI Kewangan ll Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah meluluskan pembiayaan mikro bernilai lebih RM500 juta yang memanfaatkan lebih 30,000 usahawan bagi tempoh 15 Mei hingga 26 Jun 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Beliau berkata jumlah itu adalah daripada peruntukan lebih RM5 bilion di bawah Program Kemudahan Pembiayaan Mikro untuk membantu perusahaan mikro meneruskan perniagaan walaupun berdepan kenaikan kos.

Katanya inisiatif itu disediakan menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Agrobank, Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Rakyat, MARA dan TEKUN Nasional.

“Kerajaan turut meluncurkan Skim Jaminan Bantuan Kerajaan MADANI bernilai RM5 bilion melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) untuk memastikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mendapat akses pembiayaan. 

“Bagi tempoh 15 Mei hingga 30 Jun 2026, SJPP meluluskan jaminan pembiayaan RM219 juta yang memanfaatkan lebih 300 PMKS, khususnya sektor agro, pembinaan, logistik dan pelancongan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan) mengenai langkah segera dan konkrit yang diambil kerajaan untuk memastikan peniaga kecil, penjaja dan PMKS tidak terbeban dan terpaksa gulung tikar akibat tekanan ekonomi global.

Amir Hamzah berkata SJPP turut bekerjasama dengan pihak bank bagi memudah cara penstrukturan, penjadualan semula pembiayaan dan menyediakan bantuan bayaran balik bersasar untuk membantu PMKS mendepani saat mencabar ini.

Bagi membantu PMKS yang terkesan, katanya Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan dana pembiayaan RM5 bilion di bawah Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS (SME SRF).

Beliau berkata sejak dilancarkan dari pertengahan Mei 2026, hampir RM1 bilion diluluskan kepada lebih 1,500 PMKS.

“Dengan baki dana kira-kira RM4 bilion yang masih tersedia, ruang pembiayaan bagi permohonan seterusnya adalah mencukupi,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap gesa jauhi pinjaman dalam talian haram susulan ugutan serius
Next: KPWKM mula kajian Lelaki Budiman Negara bulan ini – Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.