Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih RM15.1 juta diperuntuk bangunkan pendidikan dan infrastruktur di Kampung Alit
  • Tengah
  • WILAYAH

Lebih RM15.1 juta diperuntuk bangunkan pendidikan dan infrastruktur di Kampung Alit

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir ketika menghadiri Majlis Sambutan Ramah Tamah Aidilfitri SK Kampung Alit 2026 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Astaka Ombak Rindu, SK Kampung Alit, semalam. Foto: ADUN Kabong

KABONG: ​Pembangunan pendidikan dan pemantapan prasarana asas terus menjadi agenda utama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong dengan peruntukan mencecah lebih RM15.1 juta telah disalurkan bagi membangunkan Kampung Alit sejak 2018.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menegaskan bahawa sebagai wakil rakyat, beliau memberikan penekanan serius terhadap aspek pendidikan serta penambahbaikan kemudahan sekolah bagi menjamin keselesaan optimum buat pelajar dan warga pendidik.

​Pelbagai projek pembangunan telah dan sedang dilaksanakan melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP) serta Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), termasuk kerja-kerja menaik taraf Masjid Kampung Alit yang melibatkan kos RM150,000 pada peringkat awal 2018.

​Bagi 2024, tumpuan diberikan kepada sekolah dan kemudahan sukan menerusi naik taraf Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Alit berjumlah RM250,000, Gelanggang Futsal Kampung Alit sebanyak RM300,000, serta projek padang sekolah yang menelan kos RM200,000.

​Perancangan masa hadapan bagi 2025 dan 2026 turut merangkumi pembinaan Pondok Rondaan KRT, Gelanggang Badminton Rumah Ek Ulu Alit, serta fasa lanjutan menaik taraf Masjid Lama dan gelanggang futsal dengan peruntukan keseluruhan melebihi RM800,000.

DATO Mohd Chee Kadir ketika menghadiri Majlis Sambutan Ramah Tamah Aidilfitri SK Kampung Alit 2026 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Astaka Ombak Rindu, SK Kampung Alit, semalam. Foto: ADUN Kabong

​

Selain projek kecil, Kampung Alit turut menerima impak besar melalui inisiatif BDDA yang melibatkan pembinaan Dewan Masyarakat bernilai RM2.5 juta, projek tebatan banjir berjumlah RM10 juta, serta naik taraf jalan kubur dan Masjid Assasul Islam.

​Chee Kadir berkongsi mengenai perkembangan tersebut ketika menghadiri Majlis Sambutan Ramah Tamah Aidilfitri SK Kampung Alit 2026 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Astaka Ombak Rindu, SK Kampung Alit, semalam.

​Beliau yang hadir bersama isteri, Datin Meryani Yassin, turut menarik perhatian mengenai perubahan ketara di sekolah berkenaan terutamanya pembinaan astaka baharu yang kini lebih selesa dan dilengkapi kemudahan kipas angin untuk kegunaan pelajar.

​Tambah beliau, padang SK Kampung Alit kini telah mencapai piawaian saiz standard sehingga mendapat pengiktirafan untuk dipilih sebagai lokasi penganjuran pertandingan bola sepak bagi peringkat Bahagian Betong.

​Dalam majlis yang sama, beliau turut mencadangkan penambahbaikan berterusan termasuk sistem perparitan di sekitar padang sekolah serta pemasangan jaring keselamatan berhampiran kawasan kuarters guru demi aspek keselamatan.

DATO Mohd Chee Kadir ketika menghadiri Majlis Sambutan Ramah Tamah Aidilfitri SK Kampung Alit 2026 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Astaka Ombak Rindu, SK Kampung Alit, semalam. Foto: ADUN Kabong

Mengulas mengenai isu banjir, Chee Kadir memaklumkan satu projek perparitan yang melibatkan penggantian sekitar 40 pembetung sedang dirancang bagi memastikan aliran air lebih lancar dan mengatasi masalah limpahan di kawasan kampung.

​Beliau melahirkan rasa syukur kerana projek-projek penting seperti naik taraf jalan kubur telah pun siap lebih awal hasil kerjasama erat dan pemantauan bersama penduduk kampung, selain kemudahan futsal yang kini dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan belia.

​Sebagai simbolik perasmian, beliau telah menyempurnakan upacara memotong kek bagi merasmikan Astaka Ombak Rindu SK Kampung Alit selain turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM7,000 kepada tabung PIBG sekolah berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: SKMM pantau isu perkhidmatan telekomunikasi di Lawas
Next: Eric Tay sokong pakej bantuan Sarawak, tekankan kerjasama tangani kos sara hidup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.