Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 6,000 sertai perarakan Maulidur Rasul di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Lebih 6,000 sertai perarakan Maulidur Rasul di Sibu

Utusan Sarawak 1 day ago

PERARAKAN… Dr Annuar (empat kanan) mengetuai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M peringkat Bahagian Sibu hari ini.

SIBU: Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M peringkat Bahagian Sibu hari ini meriah dengan penyertaan lebih 6,000 peserta, termasuk kehadiran ramai masyarakat bukan Islam yang turut sama memeriahkan perarakan.

Bertemakan ‘Ummah Maju Makmur’, acara berpusat di Dataran Tun Tuanku Bujang bermula seawal 6.30 pagi sebelum perarakan sejauh 3.2 kilometer mengelilingi bandar Sibu.

Sebanyak 71 kontinjen mengambil bahagian dengan perarakan diketuai Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee, bersama Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, Temenggong Dato Sri Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad, Temenggong Stanley Geramong Bandar dan kenamaan lain.

ANTARA kontinjen masyarakat bukan Islam yang menyertai perarakan Maulidur Rasul 1447H/2025M peringkat Bahagian Sibu hari ini.

Menurut Dr Annuar, penglibatan masyarakat berbilang agama kali ini jelas mencerminkan keharmonian dan semangat perpaduan yang kukuh di bandar Sibu.

“Alhamdulillah, saya nampak lebih ramai masyarakat bukan Islam turut serta dalam perarakan Maulidur Rasul kali ini. Ini menunjukkan perpaduan yang amat baik dalam kalangan berbilang agama di bandar Sibu,” katanya ketika ditemui pemberita.

SEBAHAGIAN kontinjen yang menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M peringkat Bahagian Sibu hari ini.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana cuaca baik melancarkan perjalanan majlis selain mengucapkan terima kasih kepada pelbagai agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membantu memastikan perarakan berjalan teratur.

Acara kali ini juga dimeriahkan dengan pelbagai pertandingan seperti sepanduk, perarakan, kontinjen teramai dan Pesona Busana dengan tawaran hadiah keseluruhan bernilai RM18,000 beserta 48 piala dan empat hamper.

Penyertaan merangkumi tujuh kategori iaitu institusi pengajian, sekolah, badan beruniform, jabatan kerajaan, masjid, persatuan serta syarikat swasta.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 18 rumah dinaiki air dalam banjir kilat di Kampung Sira, Padawan
Next: Ular sawa batik bersembunyi bawah rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.