Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Lebih 60 perniagaan, usahawan Bumiputera terima pengiktirafan BBEA 2024
  • BISNES

Lebih 60 perniagaan, usahawan Bumiputera terima pengiktirafan BBEA 2024

Utusan Sarawak 6 months ago
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merakam kenangan bersama sebahagian usahawan dan tokoh korporat yang menerima anugerah pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera 2024 (Bumiputera Business Excellence Awards – BBEA) 2024 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, malam tadi. Foto Facebook Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR: Lebih 60 usahawan dan pemimpin korporat daripada pelbagai industri diberi penghormatan atas sumbangan yang cemerlang dalam inovasi dan pertumbuhan ekonomi menerusi Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2024.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi BBEA Datuk Dr Muhamad Iqbal Mohamad menekankan program itu berdiri sebagai sistem sokongan penting untuk keusahawanan Bumiputera.

“Kami membayangkan BBEA sebagai platform yang bukan sahaja meraikan kejayaan perniagaan Bumiputera tetapi juga memperkasakan dan menginspirasi mereka untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi,” katanya. 

Pada tahun ini, Bank Rakyat dan Media Prima Television Networks menerima Anugerah Kecemerlangan dalam alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) sebagai pengiktirafan terhadap inisiatif cemerlang mereka dalam bidang ESG.

Mohamad Iqbal turut mendedahkan pelancaran BBEA Malaysia Timur 2025 merupakan langkah perluasan program yang bertujuan mengiktiraf komuniti perniagaan di Sabah dan Sarawak. 

“Dengan perluasan platform ini, kami berhasrat untuk menghargai pencapaian keusahawanan unik di Malaysia Timur dan mengukuhkan lagi kemakmuran bersama komuniti perniagaan Bumiputera,” katanya. 

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dalam ucaptamanya pada majlis yang berlangsung malam tadi menekankan peranan penting perniagaan Bumiputera dalam memacu kemakmuran negara. 

“Kemakmuran dan kekuatan negara kita tidak dapat dipisahkan daripada sumbangan besar perniagaan Bumiputera. 

“Platform seperti BBEA mengiktiraf dan memperkasakan usahawan Bumiputera untuk membina keyakinan, kredibiliti, dan rangkaian yang kukuh bersama rakan-rakan industri,” katanya.

Turut hadir ialah Tengku Syarif Temenggong Perlis Datuk Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail, Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri Diraja Farinawati Datuk Mohd Din, dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, Rizal Nainy.

Pencalonan untuk BBEA 2025 akan dibuka secara rasmi pada 1 Disember 2024 dan akan berakhir dengan majlis gala pada April 2025. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia susut pada dagangan awal
Next: KKDW sasar jualan RM1 juta Biznetwork Fiesta 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.