Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 500 sertai penutup Program Senam Tari Matahari Terbit Sarawak 2026
  • Selatan
  • WILAYAH

Lebih 500 sertai penutup Program Senam Tari Matahari Terbit Sarawak 2026

Utusan Sarawak 10 hours ago
PARA peserta mengambil gambar bersama selepas sesi Program Senam Tari Matahari Terbit Sarawak 2026 Edisi Kuching di Dewan Serbaguna Ang Cheng Ho Quarry, Bau Kawa, hari ini.

KUCHING: Lebih 500 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat menyertai edisi penutup Program Senam Tari Matahari Terbit Sarawak 2026 di Dewan Serbaguna Ang Cheng Ho Quarry, Bau Kawa, hari ini, sekali gus menamatkan jelajah program itu di seluruh Sarawak selepas penganjuran di Miri, Bintulu dan Sibu.

Program anjuran Persatuan Fotografi Komersial Sarawak itu menghimpunkan peserta seawal pagi bagi mengikuti sesi senam tari yang menggabungkan muzik, pergerakan dan aktiviti kecergasan komuniti dalam suasana penuh bertenaga.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, diwakili Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Tan Kai.

Dalam ucapan beliau, Tan berkata sambutan menggalakkan terhadap program itu mencerminkan semangat perpaduan, gaya hidup aktif dan komitmen masyarakat Sarawak terhadap amalan hidup sihat.

Menurutnya, penganjuran program sedemikian selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar, di samping meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup rakyat.

Beliau berkata penjagaan kesihatan bukan hanya menjadi tanggungjawab hospital atau petugas kesihatan, sebaliknya memerlukan penglibatan setiap individu melalui amalan gaya hidup sihat seperti bersenam secara berkala.

“Aktiviti seperti senam tari, berjalan kaki dan berlari mampu membantu mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit, melegakan tekanan serta meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental,” katanya. 

Beliau turut berharap agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, badan bukan kerajaan, kumpulan komuniti dan sektor swasta akan terus bekerjasama menganjurkan lebih banyak program kesihatan dan rekreasi yang mudah diakses bagi menggalakkan penyertaan masyarakat.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur, Liew Ted Ghee berkata, pihaknya berbangga dengan sambutan yang diterima sepanjang siri Jelajah Program Senam Tari Matahari Terbit Sarawak 2026 yang merangkumi Miri, Bintulu, Sibu dan berakhir di Kuching.

Menurutnya, program itu bertujuan menggalakkan masyarakat membudayakan senaman secara berkala menerusi senam tari yang sesuai disertai semua peringkat umur dan latar belakang.

Katanya, walaupun siri jelajah itu telah melabuhkan tirai, usaha memupuk budaya hidup sihat, kecergasan dan kesejahteraan komuniti perlu diteruskan demi manfaat masyarakat.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jelsi, Wan Syaedi juara Miss dan Mr Aura of Borneo 2026
Next: Semua pihak digesa berganding bahu sokong pembangunan belia Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.