Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lebih 50 peratus kemalangan pada 2025 libatkan perjalanan pergi, balik kerja
  • NASIONAL

Lebih 50 peratus kemalangan pada 2025 libatkan perjalanan pergi, balik kerja

Utusan Sarawak 2 hours ago
KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed ketika ditemui pengamal media pada Pelancaran Kempen Penunggang Malaysia (MYRider) di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang hari ini.

SEPANG: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mendedahkan 50.9 peratus atau 46,542 daripada 91,456 kes kemalangan yang direkodkan pada 2025 ialah kemalangan perjalanan pergi dan balik kerja.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata statistik itu turut menunjukkan berlakunya trend membimbangkan khususnya dalam kalangan penunggang motosikal.

“Kebanyakan mereka yang terkorban ini merupakan tulang belakang keluarga. 

“Justeru, situasi membimbangkan ini menuntut tindakan melangkaui sekadar pendekatan reaktif kerana penyaluran faedah Perkeso, bukan penyelesaian tunggal dalam masalah ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Penunggang Malaysia (MyRider), di sini, hari ini.

Beliau berkata Perkeso dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia melancarkan MyRider bagi memperkukuh usaha pencegahan kemalangan jalan raya terutama melibatkan penunggang motosikal. 

Katanya, kempen itu turut melibatkan pelbagai agensi dan rakan industri termasuk Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekali gus mencerminkan komitmen bersama ke arah memperkukuh keselamatan penunggang motosikal di Malaysia.

“Menerusi Kempen MyRider, saya ingin sampaikan mesej mudah tetapi besar maknanya iaitu kita perlu bersama-sama membudayakan Penunggang Malaysia yang lebih bertanggungjawab, lebih berhemah dan lebih menghargai nyawa, selaras slogan Penunggang Malaysia: Selamat. Berhemah. Bermaruah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman DCP Mohd Rozi Jidin berkata PDRM memberikan sokongan penuh dalam menjayakan Kempen MyRider. 

“Semoga kerjasama erat antara Perkeso, PDRM, agensi kerajaan dan rakan strategik industri menjadi pemangkin keberkesanan usaha dalam meningkatkan keselamatan penunggang motosikal di Malaysia,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: BNF ubati kerinduan anak perantau Sabah, Sarawak
Next: Ghairah muat naik video kejadian jenayah boleh jejas siasatan polis – Pengarah JPJKK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.