Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 4 juta penduduk di Sudan hilang tempat tinggal – PBB
  • GLOBAL

Lebih 4 juta penduduk di Sudan hilang tempat tinggal – PBB

Utusan Sarawak 2 years ago
PENGARAH operasi dan advokasi di Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan, Edem Wosornu berkata, 1.4 juta orang meninggalkan rumah mereka sejak 23 Jun. Sudan, katanya kini, terjerumus ke dalam malapetaka kemanusiaan.

NEW YORK: Lebih empat juta penduduk di Sudan hilang tempat tinggal sejak pertempuran bermula hampir empat bulan lalu, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

“Selepas 16 minggu konflik di Sudan, lebih empat juta orang telah dipindahkan di dalam negara dan merentasi sempadan ke negara jiran,” kata Penyelaras Kemanusiaan PBB, Clementine Nkweta-Salami.

“Ramai yang terperangkap akibat pertempuran dan menyukarkan mereka untuk mencari perlindungan di tempat lain.

“Mereka yang boleh melarikan diri pula terpaksa berdepan pelbagai bahaya lain, terdedah kepada penderaan, kecurian dan gangguan semasa perjalanan ke kawasan yang lebih selamat,” kata Nkweta-Salami.

Dalam taklimat kepada Majlis Keselamatan PBB, pengarah operasi dan advokasi di Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan, Edem Wosornu berkata, 1.4 juta orang meninggalkan rumah mereka sejak 23 Jun. 

“Sudan kini terjerumus ke dalam malapetaka kemanusiaan,” kata Wosornu.

Wosornu berkata 80 peratus hospital di seluruh negara tidak dapat berfungsi dan 14 juta kanak-kanak  memerlukan bantuan kemanusiaan.

Peperangan meletus di Sudan pada pertengahan April berikutan perebutan kuasa yang sekian lama berlarutan antara Presiden de facto Abdel Fattah al-Burhan dan naib presiden Mohammed Hamdan Daglo.

Pada asalnya kedua-dua jeneral itu bersama-sama merampas kuasa pada 2021 tetapi kemudian menjadi seteru.

Pertempuran tertumpu di Khartoum dan bandar-bandar yang berdekatan, serta di wilayah Darfur di barat negara itu.

Pihak yang berkonflik sering bertempur dekat dengan kawasan perumahan. Sudan mempunyai 46 juta penduduk. – Bernama – dpa

Continue Reading

Previous: Indonesia catat rekod dunia bagi persembahan angklung terbesar
Next: Calon Presiden Ecuador maut ditembak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.