Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lebih 200 pengamal media berhimpun di Forum HAWANA 2026 hari ini
  • NASIONAL

Lebih 200 pengamal media berhimpun di Forum HAWANA 2026 hari ini

Utusan Sarawak 4 hours ago
FORUM Media HAWANA 2026.

KUALA LUMPUR: Lebih 200 pengamal media termasuk ahli akademik, penggiat perhubungan awam serta pelajar universiti awam dan swasta berhimpun di ibu negara hari ini bagi menghadiri Forum Media HAWANA 2026 yang membincangkan cabaran kelangsungan industri media dalam era digital dan kecerdasan buatan (AI).

Program anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) itu turut menghimpunkan ketua organisasi media termasuk dari Sabah dan Sarawak, wakil agensi media asing di Malaysia serta pelbagai pihak berkepentingan dalam landskap media negara.

Forum berkenaan akan dirasmikan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Figura media Malaysia iaitu Ketua Pegawai Kandungan Star Media Group Berhad Datin Esther Ng, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan (Berita dan Hal Ehwal Semasa) Media Prima Berhad Farrah Naz Abd Karim serta Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ashwad Ismail bakal berkongsi pandangan dalam sesi pertama bertajuk Sustaining Media in Times of Crisis: Challenges and Revenue Realities. 

Sesi kedua bertemakan How Journalists Navigate the Evolving Media Landscape pula menampilkan Inspirer Extraordinaire Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarang Kumpulan Sin Chew Media Corporation Berhad Datuk Kuik Cheng Kang, Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching Ronnie Teo Teck Wei dan Presiden Persatuan Wartawan Sabah Mariah Doksil sebagai ahli panel.

Pada sesi ketiga bertajuk Shaping the Future of Malaysian Media in the Digital and AI Era pula membariskan Pengarah Urusan Free Malaysia Today Azeem Abu Bakar, Cloud Solution Architect Huawei Malaysia Cheah Chern Eu serta pakar transformasi digital dan AI Charles Gregory.

Buat julung kalinya, Forum Media HAWANA diadakan selama sehari bagi menggalakkan perbincangan lebih mendalam serta pertukaran idea yang lebih bermakna.

Forum Media HAWANA 2026 diadakan bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 pada 20 Jun. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Haji tanpa visa berdosa walaupun sah, boleh didenda hingga 100,000 riyal Arab Saudi – Zulkifli
Next: Hampir 66 peratus ibu kurang masa peribadi, sambutan HIK26 fokus kesejahteraan ibu – LPPKN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.