Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 1,000 dron dikesan sejak Piala Dunia bermula – FBI
  • GLOBAL

Lebih 1,000 dron dikesan sejak Piala Dunia bermula – FBI

Utusan Sarawak 3 hours ago
PENGARAH Eksekutif Pasukan Petugas Rumah Putih bagi Piala Dunia FIFA 2026, Andrew Giuliani dan Ejen Khas Bertanggungjawab FBI, Doug Olson, yang juga Pegawai Penyelaras Kanan Piala Dunia FIFA 2026, menyertai sesi soal jawab bersama wakil media di Pusat Kerjasama Polis Antarabangsa (IPCC) bagi Piala Dunia FIFA 2026 di Pusat Persidangan Kebangsaan, Leesburg, Virginia pada 29 Jun 2026. Foto AFP

LEESBURG, Amerika Syarikat: Ketika Piala Dunia 2026 memasuki pertengahan kejohanan, lebih 1,000 dron dikesan berhampiran stadium dan lokasi berkaitan, manakala lebih 300 daripadanya berjaya dineutralkan oleh pihak berkuasa, kata penyelaras khas kejohanan Rumah Putih.

Sehingga malam Ahad (waktu Malaysia), sebanyak 1,139 dron dikesan di kawasan Piala Dunia dan lokasi berkaitan, dengan lebih 300 tindakan peneutralan telah dilaksanakan, kata Andrew Giuliani ketika berucap di Pusat Kerjasama Polis Antarabangsa (IPCC) kendalian Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berhampiran Washington.

Giuliani berkata, semua dron berkenaan berjaya dineutralkan tanpa menggunakan kekerasan, namun beliau tidak menjelaskan kaedah yang digunakan.

Ejen Khas FBI yang menyelaras aspek keselamatan Piala Dunia 2026, Doug Olson, berkata agensi itu turut merampas lebih 500 dron untuk dijadikan bahan bukti dalam siasatan yang sedang dijalankan.

EJEN Khas Bertanggungjawab FBI, Doug Olson, yang juga Pegawai Penyelaras Kanan Piala Dunia FIFA 2026, bersama Pengarah Eksekutif Pasukan Petugas Rumah Putih bagi Piala Dunia FIFA 2026, Andrew Giuliani, berucap kepada anggota penguat kuasa yang bertugas di Pusat Kerjasama Polis Antarabangsa (IPCC) bagi Piala Dunia FIFA 2026 di Pusat Persidangan Kebangsaan, Leesburg, Virginia pada 29 Jun 2026. Foto AFP

Amerika Syarikat menjadikan operasi membanteras ancaman dron sebagai antara keutamaan dalam usaha memperkukuh kawalan keselamatan kejohanan yang disertai 48 pasukan itu, yang dianjurkan bersama Mexico dan Kanada, dengan memperuntukkan ratusan juta dolar bagi tujuan berkenaan.

Bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan, pihak berkuasa tempatan diberikan kuasa yang lebih luas untuk mengganggu isyarat serta memintas dron, manakala puluhan anggota polis dari 11 bandar tuan rumah di Amerika Syarikat menjalani latihan khusus di pusat latihan FBI.

Pada pertengahan Jun lalu, FBI memaklumkan bahawa pihaknya berjaya menggagalkan satu rancangan serangan yang menyasarkan acara pertarungan seni mempertahankan diri campuran (MMA) di Rumah Putih sempena ulang tahun kelahiran Presiden Donald Trump yang ke-80.

Rancangan itu dipercayai melibatkan penggunaan dron yang dipasang dengan bahan letupan untuk dilancarkan di kawasan sekitar.

Semasa Sukan Olimpik Paris 2024, pihak berkuasa Perancis mengesan lebih 350 pencerobohan dron, yang membawa kepada 81 tangkapan, menurut laporan Perhimpunan Kebangsaan Perancis. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Vietnam denda pengguna media sosial sebar berita palsu mulai 1 Julai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.