Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • LCDA hulur bantuan mangsa kebakaran di Sebauh
  • Utara
  • WILAYAH

LCDA hulur bantuan mangsa kebakaran di Sebauh

Utusan Sarawak 2 days ago
LEMBAGA Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA), melalui inisiatif tahunan LCDA Prihatin, telah menyalurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Rumah Panjang Chalie Mbo, Sungai Sawa, Jalan Spur Sebauh, yang berlaku pada Mei lalu.

BINTULU: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA), melalui inisiatif tahunan LCDA Prihatin, telah menyalurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Rumah Panjang Chalie Mbo, Sungai Sawa, Jalan Spur Sebauh, yang berlaku pada Mei lalu.

Program di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bertemakan ‘Dari Komuniti, Kepada Komuniti’ ini mencerminkan komitmen berterusan LCDA dalam menyokong prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), khususnya dari aspek kebajikan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Sebagai usaha meringankan beban penduduk terjejas dalam insiden melibatkan 12 pintu rumah panjang itu, LCDA telah menyumbangkan bantuan berupa wang tunai dan pakaian bagi membantu mangsa meneruskan kehidupan harian.

Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Harris Tidan, Pengurus Pertanian Bahagian Bintulu dan Daerah Belaga, yang mewakili Pengurus Besar LCDA.

Menurut LCDA, inisiatif ini sejajar dengan usaha menjalin hubungan erat bersama komuniti serta memastikan setiap program memberi impak positif kepada golongan yang memerlukan.

Turut hadir Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat LCDA, Saiful Bahari Amra Ramly, Tuai Rumah Chalie Mbo, pegawai-pegawai LCDA serta penduduk rumah panjang terlibat.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kempen premis makanan bersih tingkatkan kesedaran kebersihan
Next: Program Kampung Siaga perkasa komuniti luar bandar hadapi bencana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.