Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • • Lawatan kerja TPM Singapura Perkukuh hubungan, kerjasama dua hala
  • BISNES

• Lawatan kerja TPM Singapura Perkukuh hubungan, kerjasama dua hala

Utusan Sarawak 3 years ago

SEPANG, Sept 4 -- Singapore's Deputy Prime Minister and Finance Minister Lawrence Wong (left) upon arrival at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) for a four-day working visit to Malaysia beginning today. --fotoBERNAMA (2022) COPYRIGHT RESERVED

KUALA LUMPUR: Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong ke Malaysia bermula semalam menjadi peluang untuk kedua-dua negara saling bertukar pendapat dalam pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa.

Dalam kenyataan semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyifatkan lawatan pada 4 hingga 7 September 2022 akan turut memperkukuh hubungan baik dan kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

“Selain jiran terdekat, Singapura juga merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dan terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan sebanyak RM267.11 bilion (USD64.43 bilion) pada 2021, iaitu peningkatan 25.2 peratus berbanding nilai pada 2020,” kata beliau.

Wong dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau juga dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus selain menyertai sesi dialog tertutup bersama Kuala Lumpur Business Club. – Bernama

Continue Reading

Previous: Landskap sosioekonomi Yan bakal berubah
Next: MOF pertimbang tambah baik ekosistem logistik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.