Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lawas terus berdepan masalah internet
  • WILAYAH

Lawas terus berdepan masalah internet

Utusan Sarawak 4 months ago

Bandar Lawas (Foto hiasan)

LAWAS: Isu gangguan perkhidmatan telekomunikasi khususnya gangguan internet di Lawas telah mendapat perhatian pihak pembekal perkhidmatan Celcom. 

Melalui perkongsian mesej pesanan ringas kepada pengguna memaklumkan pasukan teknikal Celcom sedang bekerja keras memulihkan perkhidmatan telekomunikasi dari pihak Celcom. 

Sementara itu seorang penjawat awam Senawi Abang memberitahu gangguan turut berlaku di kawasan bandar Lawas sehingga di Jalan Trusan.

“Setakat jam 3.43 petang ini, gangguan masih berlaku dengan perkhidmatan internet tidak konsisten. 

“Tadi pun sama sewaktu saya cuba mengambil kiriman barang di sebuah syarikat perkhidmatan kurier mendapati mereka sukar untuk menerima bayaran dan mengakses maklumat barangan yang sampai kepada penerima,”katanya kecewa. 

Beliau turut memberitahu gangguan berlaku sejak seminggu ini dan berharap pihak bertanggungjawab dapat membaiki keadaan yang menyulitkan ini. 

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Bengkel ‘The Little Eco Warriors: The 3R (Reduce, Reuse, Recycle) Quest’ himpun 600 murid
Next: Peruntuk RM41 juta naik taraf Tebingan Sungai Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.