Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lawas bakal jadi penyumbang ekonomi utara Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Lawas bakal jadi penyumbang ekonomi utara Sarawak

Utusan Sarawak 12 hours ago
RANCANGAN STRATEGIK… Mohd Naroden kongsi pengalaman dan potensi masa depan yang cerah di utara Sarawak.

LAWAS: Pembangunan pesat di utara Sarawak, khususnya di Lawas, menunjukkan potensi kukuh daerah ini untuk berkembang menjadi penjana ekonomi utama Sarawak pada masa depan.

Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Sri Mohd Naroden Majais berkata, pencapaian ini hasil kepimpinan yang terancang dengan strategi teliti, sejajar dengan kedudukan Lawas yang strategik dalam zon ekonomi Teluk Brunei.

Kelebihan lokasi ini berpotensi mengubah landskap pembangunan di seluruh kawasan utara Sarawak.

RAKAN STRATEGIK… Mohd Naroden mengiringi Awang Tengah ketika bertemu Pengarah Wilayah Agro Bank Sarawak, Abdul Halek Abdullah di ruang pameran Agro Bank Cawangan Lawas.

“Antara Lawas dan Brunei, kementerian telah menyiapkan pelan induk bagi membangunkan kawasan ini sebagai tapak perindustrian dan terminal. Setakat ini, tiga syarikat besar dari luar sudah bersedia melabur di kawasan ini.

“Semua kemajuan ini akan mendekatkan Lawas dengan kawasan sekitarnya termasuk Brunei Darussalam, Sabah dan kawasan lain di Sarawak, memudahkan pergerakan manusia dan produk dari Lawas ke luar serta sebaliknya pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Karnival Usahawan Lawas 2025 di Dewan Stadium Tertutup di sini, semalam.

GANDINGAN BERPENGALAMAN… Mohd Naroden bersama Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Dzulkornain Masron pada Karnival Usahawan Lawas 2025.

Mohd Naroden yakin perkembangan ini akan terus mengangkat Lawas sebagai hab ekonomi di utara Sarawak, seterusnya meningkatkan hasil pendapatan wilayah.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Lawas dan kawasan sekitarnya memberi sepenuh tumpuan serta merebut peluang yang bakal mengubah kehidupan mereka.

Dua aspek penting yang dijangka muncul daripada pembangunan pesat ini ialah pertumbuhan jumlah penduduk berikutan jaringan jalan raya yang baik dan peluang perniagaan kecil, terutamanya dalam meningkatkan keterjaminan bekalan makanan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 73 penerima di Dalat terima manfaat MRP 2025
Next: Polis Kuching mohon bantuan jejaki wanita hilang, Sharon Beatrice

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.