73 penerima di Dalat terima manfaat MRP 2025

Facebook
WhatsApp
Seramai 73 penerima di Dalat menerima manfaat di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi 2025, sekali gus memastikan komuniti menikmati kemudahan yang lebih selesa dan terjamin. Foto UKAS

DALAT: Seramai 73 penerima di kawasan ini menerima manfaat di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi 2025, sekali gus memastikan komuniti menikmati kemudahan yang lebih selesa dan terjamin.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penyaluran peruntukan MRP diagihkan dalam dua fasa untuk kawasan Dalat.

“Bagi penyaluran peruntukan bagi 2025, pembahagian dilakukan mengikut fasa, iaitu Fasa 1 dan Fasa 2.

“Fasa 1 memanfaatkan seramai 38 penerima dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM491,000, manakala fasa 2 pula seramai 35 penerima dengan jumlah RM508,000,” katanya semasa berucap dalam majlis penyerahan cek peruntukan MRP di Masjid Al-Muslihin, di sini, semalam.

Tambah beliau, kerajaan negeri menyalurkan peruntukan MRP sebanyak RM1 juta setiap tahun bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau turut menyentuh mengenai Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) dan Skim Tahunan ADUN Dalat yang memberi tumpuan kepada pembaikan kecil di kediaman seperti bumbung bocor, lantai rosak, dinding reput serta kerosakan dapur.

Beliau juga menegaskan bahawa penyaluran peruntukan ini membuktikan rakyat Dalat tidak pernah dipinggirkan.

“Dalat akan terus mendapat perhatian melalui usaha berterusan kerajaan negeri bagi meningkatkan kemudahan, menjamin kesejahteraan dan memperkukuh kesatuan komuniti.

“Saya juga komited untuk terus mencari sumber kewangan tambahan bagi memastikan bantuan serta program pembangunan insan dapat dilaksanakan secara konsisten di kawasan ini,” ujarnya.

-UKAS

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara