Latvia dilanda salji tebal, paras tertinggi dalam 12 tahun

Facebook
WhatsApp
RIBUT salji berlarutan pada Jumaat lepas menyebabkan Latvia diliputi salji paling tebal sejak musim bunga 2013.

RIGA, Latvia: Ribut salji berlarutan pada Jumaat lepas menyebabkan Latvia diliputi salji paling tebal sejak musim bunga 2013, menurut perkhidmatan meteorologi negara Baltik itu, semalam, lapor Xinhua.

Litupan salji paling tebal, berukuran 62 sentimeter (cm), direkodkan di stesen cuaca Pusat Persekitaran, Geologi dan Meteorologi Latvia di Dagda, tenggara Latvia.

Pada April 2013, salji setinggi 70cm direkodkan di bandar timur laut Latvia, Aluksne.

RIBUT salji berlarutan pada Jumaat lepas menyebabkan Latvia diliputi salji paling tebal sejak musim bunga 2013.

Walaupun litupan salji meningkat lebih 10cm di banyak kawasan negara itu pada hujung minggu ini, ia tidak meningkat di beberapa wilayah barat dan utara.

Beberapa stesen cuaca malah mencatatkan penurunan apabila angin kencang meniup salji ke kawasan lain.

Stesen cuaca pusat meteorologi itu mengukur kedalaman salji menggunakan sensor ultrabunyi di kawasan khas.

-Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara