Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • UMUM
  • Latihan Kepolisan enam bulan 338 pelatih wanita tamat hari ini
  • UMUM

Latihan Kepolisan enam bulan 338 pelatih wanita tamat hari ini

Utusan Sarawak 5 months ago

KUCHING: Seramai 338 pelatih wanita Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel bagi Bil.73 Siri 8/2024 berjaya menamatkan latihan selama enam bulan, hari ini.

Mereka juga terdiri daripada tiga pelatih yang masing-masing menerima Anugerah Terbaik Akademik, Terbaik Latihan Luar dan Terbaik Keseluruhan Latihan yang telah menjalani latihan fizikal dan akedemik sejak 9 Jun lalu di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, CP Dato’ Seri Khaw Kok Chin berkata, para pelatih perlu cakna untuk sentiasa belajar, memperbaiki kemahiran dan memanfaatkan teknologi terkini dalam melaksanakan tanggungjawab.

”Masyarakat kini mempunyai ekspektasi yang tinggi terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), bukan sahaja dari segi keberkesanan tugas, tetapi juga integriti, profesionalisme dan keupayaan untuk beradaptasi dengan perubahan zaman.

”Justeru, saya berharap agar pelatih manfaatkan pengetahuan yang telah dipelajari di pulapol untuk memahami dinamika masyarakat dan mengadaptasi pendekatan kerja yang lebih inovatif dan responsif.

”Latihan yang dijalani selama enam bulan ini bukan sahaja mendidik pelatih tentang asas kepolisan,undang-undang dan kemahiran fizikal, tetapi juga menekankan nilai disiplin, integriti dan tanggungjawab, seperti yang diharapkan oleh pucuk pimpinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan PLAK Bil.73 Siri 8/2024 di PULAPOL Kuching di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya dalam menangani cabaran yang semakin moden, para pelatih harus menampilkan kemahiran kepemimpinan yang kuat, kebolehan bekerja sebagai satu pasukan serta sikap proaktif dalam menyelesaikan isu-isu kompleks.

”Perubahan zaman memerlukan pegawai yang bukan sahaja cekap tetapi juga fleksibel dan berani menghadapi situasi yang tidak menentu,” ujarnya.

Dalam majlis itu, Khaw Kok Chin turut menyampaikan anugerah kepada Pelatih Terbaik Akedemik Wanita iaitu Konstabel Nur Puteri Yasmin Noor Azmee, sementara Pelatih Terbaik Latihan Luar Wanita kepada Konstabel Nurul Aina Ahmad Khalil dan Pelatih Terbaik Keseluruhan Latihan Wanita kepada Konstabel Nur Syazratul Najwa Khairo Anuar.

Turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) DCP Datuk Mohd Marzhuki Mohd Mokhtar, Komandan PULAPOL Kuching SAC Zulfikar Jeneral dan Pengerusi Perkep PULAPOL Kuching Jennana Lynn Johnson.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: umum

Continue Reading

Previous: Gempa bumi lemah dikesan di Tawau
Next: Perkhidmatan feri Labuan-Kota Kinabalu disambung semula 15 Disember

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.