Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Latihan disambung 8 Jun
  • SUKAN

Latihan disambung 8 Jun

Utusan Sarawak 5 years ago
BAKAL KEMBALI BERLATIH… Pemain skuad bola sepak Sukma Sarawak yang akan menyambung semula tugasan mereka selepas ini.

FAIZAL BUJANG

PERSIAPAN skuad bola sepak untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX Johor 2020 akan berjalan seperti biasa.

Ia berikutan sesi latihan barisan kendalian Ahmad Fairus Mohd. Yunus selaku Ketua Jurulatih yang dijangka bermula 8 Jun depan.

“Kita dijangka menyambung semula sesi latihan seperti biasa bermula 8 Jun depan,” ujar Ahmad Fairus ketika mengulas perkara itu semalam.

Justeru, katanya, semua pemain akan melalui fasa seperti pembentukan awal pasukan selain menjalankan latihan mencakupi pelbagai peringkat berbeza. 

“Maklumlah…hampir dua bulan pemain berehat panjang selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan kerajaan bermula sejak 18 Mac lalu.

“Kita kena bermula dari peringkat awal dahulu sebelum dapat memberi fokus latihan penuh,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Dr Ong Kong Swee memberitahu, pihaknya perlu menunggu perkeliling daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) terlebih dahulu.

“Sememangnya sesi latihan yang akan dilaksanakan selepas ini perlu mematuhi prosedur operasi standart (SOP).

“Kita melihat kepada keadaan semasa serta arahan daripada pihak kementerian terlebih dahulu sebelum dapat memuktamadkan latihan perlu dijalankan semula,” jelas beliau.

Beliau seterusnya berharap masalah penularan virus Covid-19 akan berakhir sepenuhnya bagi merealisasi keinginan atlet dari pelbagai persatuan sukan menyambung semula latihan mereka.

Temasya Sukma XX Johor 2020 akan berlangsung pada tarikh baharunya iaitu 6 hingga 14 Mac 2021.

Continue Reading

Previous: Pemain Serie A tidak sabar beraksi
Next: Petinju diberi cuti Aidilfitri, Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.